Jenis-jenis Harta

Maret 5, 2007 linggar

HARTA YANG BERHARGA (MUTAQAWWIM) DAN HARTA YANG TIDAK BERHARGA (GHAYR MUTAQAWWIM)

  • Harta yang berharga/bernilai ialah setiap harta yang disimpan oleh seseorang dan syara` mengharuskan penggunaannya. Contohnya seperti semua jenis harta tidak alih dan harta-harta alih juga makanan-makanan atau seumpamanya.
  • Harta yang tidak berharga/bernilai ialah harta yang tidak di dalam simpanan atau dimiliki orang seperti ikan di dalam sungai, burung di udara juga galian yang berada di dalam perut bumi atau harta yang tidak harus digunakannya pada syara` seperti arak, babi, kedua-dua ini tidak harus bagi orang Islam menggunakannya kecuali ketika darurat sahaja seperti bersangatan dahaga atau bersangatan lapar yang boleh membawa mati kalau tidak menggunakannya.

Tujuan pembahagian harta kepada harta yang berharga dan tidak berharga:

1. Harta yang berharga sah untuk semua urusan berakad dengannya seperti berjual beli, hibah, meminjam, gadaian, wasiat dan bersyarikat.

2. Harta yang tidak berharga tidak sah berakad dalam semua urusan seperti tidak sah menjual arak dan babi.

3. Wajib membayar ganti rugi oleh orang yang merosakkan harta yang berharga sama ada ganti rugi barang yang serupa sekiranya ada atau membayar nilai harganya.

4. Harta yang tidak berharga tidak wajib membayar ganti rugi orang yang merosakkannya.

HARTA TIDAK ALIH (`IQAR) DAN HARTA ALIH (MANQUL)

  • Harta tidak alih ialah harta yang tidak boleh dipindah atau diubah dari tempat asalnya seperti bangunan dan bumi.
  • Harta alih ialah harta yang boleh dipindah atau diubah dari tempatnya sama ada bentuk dan keadaannya kekal dengan dipindahkan atau berubah bentuknya seperti wang ringgit, barangan perniagaan, haiwan dan lain-lain.
  • Terkadang harta alih bertukar menjadi tidak alih dan sebaliknya.

Contohnya pintu rumah, tingkap atau jendela akan menjadi tidak alih bila dipasang di bangunan yang tetap buat selamanya, sebaliknya runtuhan rumah atau bangunan, galian yang dikeluarkan dari perut bumi, batu dan tanah akan bertukar menjadi harta alih bila sahaja bercerai dari bumi.

Faedah pembahagian harta kepada harta alih dan harta tidak alih adalah mengikut perbezaan hukum-hukum fiqh seperti berikut:

1. Hukum as-syuf`ah adalah sabit pada harta tidak alih sahaja dan tidak sabit pada harta alih.

2. Hukum jual janji adalah khusus bagi harta tidak alih sahaja. Erti jual janji ialah seseorang yang perlu pada wang maka dia jual harta tidak alih dengan syarat bila ia dapat wang maka akan diambil balik harta tidak alih yang telah dijual itu dengan membelinya semula dari orang yang membelinya ketika ia terdesak.

3. Pemegang amanah harta anak yatim tidak boleh menjual harta tidak alih yang dimiliki oleh anak-anak yatim melainkan dengan alasan yang dibenarkan oleh syara` seperti membayar hutang atau sangat-sangat perlu kepada perbelanjaan untuk anak yatim tetapi mesti mendapat kebenaran dari hakim atau qadhi. Adapun harta alih, maka pemegang amanah harta anak yatim boleh menjualnya bila ada sebarang maslahah pada jualan tersebut.

4. Segala hak yang berkaitan dengan jiran tetangga adalah bersangkut paut dengan harta tidak alih sahaja.

HARTA MITHLIY DAN HARTA QIMIY

  • Harta mithliy ialah harta yang ada sebanding atau serupa dengannya tanpa terdapat berlebih kurang dalam semua juzu`nya.
  • Harta mithliy boleh dibahagikan kepada empat jenis:

1. Harta yang boleh disukat seperti gandum, beras dan sya`ir dan lain-lain.

2. Harta yang boleh ditimbang seperti kapas, besi dan lain-lain.

3. Harta yang boleh dibilang kerana ukurannya hamper sama seperti telur, kelapa dan lain-lain.

4. Harta yang boleh diukur dengan menggunakan meter atau ela seperti kain yang sama jenis, kayu yang sama potongan dan jenisnya. “

Harta qimiy ialah harta yang tidak terdapat lagi di mana-mana yang serupa dengannya atau yang sebanding antara satu sama lain di pasar-pasar atau di kedai-kedai; atau ada bagi harta itu yang serupa dengannya akan tetapi harganya berbeza antara satu dengan yang lain seperti beberapa ekor binatang atau beberapa lot tanah, pokok-pokok, rumah, batu-batu permata, buku-buku yang ditulis tangan atau buku-buku yang telah digunakan, maka termasuk juga dalam kumpulan harta qimiy seperti buah-buahan yang ukurannya berbeza antara satu dengan yang lain. ”

Harta qimiy akan menjadi harta mithliy dan sebaliknya boleh terjadi dalam empat keadaan berikut:

1. Dengan sebab habis dalam pasaran, bila habis harta mithliy di pasaran, maka bertukarlah harta mithliy kepada harta qimiy.

2. Bila bercampur aduk antara harta mithliy dengan harta mithliy dan jenis keduanya berbeza, maka dengan sebab bercampur aduk kedua jenis harta mithliy itu maka bertukarlah keadaannya daripada harta mithliy kepada harta qimiy seperti bercampur antara beras dengan gandum dan sebagainya.

3. Sekiranya harta mithliy terdedah kepada kebakaran atau tenggelam di dalam lautan, maka jadilah harta mithliy tersebut bertukar menjadi harta qimiy.

4. Sekiranya harta mithliy telah berlaku kecacatan ataupun telah digunakan, maka jadilah ia harta qimiy yang khusus. Harta qimiy bertukar kepada harta mithliy apabila berlaku banyaknya harta qimiy sesudah ianya jarang diperolehi orang.

Sekiranya sesuatu harta itu jarang dapat dibeli di pasaran, kemudian harta itu sudah menjadi banyak, maka harta qimiy bertukar menjadi harta mithliy sesudah dinilai dengan harga yang khusus.

Harta yang bernilai atau yang telah dinilai orang terhadapnya adalah lebih umum daripada harta qimiy. Harta yang telah dinilai mencakupi harta qimiy dan harta mithliy.

Faedah pembahagian harta kepada harta mithliy dan harta qimiy adalah seperti berikut:

1. Harta mithliy adalah sabit di dalam zimmah sebagai hutang iaitu dengan dijadikan harta mithliy itu sebagai nilai kepada pembelian menerusi penentuan jenisnya dan sifatnya. Harta qimiy tidak boleh diterima sabit sebagai hutang di dalam zimmah dan tidak sah dijadikan nilai. Contohnya, kalaulah bergantung hak seseorang dengan harta qimiy seperti seekor kambing atau lembu, maka wajiblah bergantung hak seseorang itu kambing atau lembu yang telaqh ditentukan. Ini kerana harta qimiy walaupun dari satu jenis, ianya tidak bersamaan antara satu dengan yang lain kerana bagi tiap-tiap suatu itu ada sifat dan nilai yang berbeza.

2. Cara membuat gantian terhadap orang yang dicerobohi atau yang membinasakannya. Jika seseorang merosakkan harta mithliy kepunyaan orang lain seperti sekarung gandum atau gula, maka wajib ia mengganti benda yang serupa dengannya supaya gantian itu bertepatan. Adapun harta qimiy, maka orang yang merosakkannya hendaklah ia mengganti kadar harganya sahaja.

HARTA ISTIHLAKIY DAN HARTA ISTI`MALIY

  • Harta istihlakiy ialah harta pakai habis, iaitu harta yang tidak boleh digunakan manfaatnya melainkan dengan menghabiskan zatnya seperti makanan, minuman, kayu api, petrol dan lain-lain.
  • Harta isti`maliy ialah harta pakai dan guna berterusan, iaitu harta yang boleh diambil manfaat dengannya serta kekal zatnya seperti harta tetap, hamparan, pakaian, buku dan lain-lain. ”

Faedah pembahagian harta kepada harta istihlakiy dan harta isti`maliy ialah:

1. Harta istihlakiy boleh diterima bagi tujuan berakad untuk menghabiskan zatnya seperti hutang wang dan makanan.

2. Harta isti`maliy boleh diterima untuk berakad dengannya dengan matlamat untuk menggunakannya seperti sewa-menyewa dan pinjam-meminjam.

Entry Filed under: Muamalat

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

Halaman

Kategori

Kalender

Maret 2007
S S R K J S M
    Jul »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Most Recent Posts

 
Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d blogger menyukai ini: